BILA DAH DINAMAKAN REZEKI

1

Category:

Masih teringat lagi masa aku sibuk kendalikan model V5 Select(Feb 2008-lps blk dr Jepun). Masa tu aku masih lagi kat pioneer. Tekanan kerja buatkan aku rasa cam nak tercabut kepala otak aku ni. Nasib baik la ada Assistant yang baik dan memahami, Shahida. Dia la yang banyak tolong aku masa tu.
Tapi semua tu dah berlalu....
Biasanye company jepun ni bagi increment bln April. So aku pun tertunggu2 brp yg bakal aku dpt... dengan usaha2 yang aku tunjuk kan pd company. Tp Aku cuma dapat gred B... bukan B+ atau A...
Lepas tu la pintu hati aku terbuka nak apply keje gomen...
Aku apply KPLI, DPLI,SPA, MARA....
selain tu ada gak aku apply PROTON.

25hb Ogos - Aku dapat offer dr MARA (Peg. Lat. Vokasional)
26hb Ogos - Aku dapat offer dr PROTON ( Exec. )

Aku pilih MARA - Sebab badan berkanun

DPLI masa periksa tu aku tak dpt nak buat sbb malam sebelumnya aku tido lewat main badminton dgn kawan baik aku, Rizal

KPLI plak aku dpt g interview....
Bile dpt interview aku mmg confident... sbb dah biasa Public Speaking la katakan...

Alhamdulillah...
24hb Disember - Aku dapat offer KPLI (bidang Sains Sekolah Rendah) kat Institut Perguruan Teknik, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak.

Tapi aku tetap dgn keje aku skrg sbgi PLV... masih lagi pendidik

Sebab nye....
xperlu la aku explain kat sini... hihi...
Next time je la...

AL-FATIHAH BUAT ALMARHUM TUANKU JA'AFAR

0

Category:


Bismillah....
Tanggal 27 Disember 2008 merupakan hari yang amat bermakna kepada sekalian rakyat Negeri Sembilan.
Bukan hanya Negeri Sembilan merasai kesannya. Tapi seluruh warga UKM juga turut merasa sedih dengan kemangkatan Baginda. Ini kerana Tuanku Ja'afar merupakan Cancelor UKM...
Sebagai bekas mahasiswa UKM saya turut terasa kehilangan orang Penting ini.
Sebagai tanda ingatan terhadap jasa2 baginda marilah kita sama2 memanjatkan doa agar roh Baginda Tuanku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Al-fatihah....

CICAKMAN 2

0

Category:




11 Dis 2008..
Cicakman 2 berada di pawagam seluruh negara.
Cicakman 2 ade kelainan jika dibandingkan dengan Cicakman 1.
Teknik CGI yang lebih baik dan juga elemen2 lain yang menimbulkan kelainan seperti muzik dan stunt.
Tapi ade yang masih belum memuaskan. Jalan cerita yang seolah2 metropulus adalah negara barat.
Seharusnye kita perlu menonjolkan identiti negara kita.
Jalan ceritanye seperti meniru filem spiderman agak mengecewakan.
Kurang aksi berlawan daripada cicakman juga boleh menyebabkan penonton berasa bosan.
Filem ni lebih kepada Action and Romance (50/50)
Lakonan Amani yang buta juga kadangkala menjadikan jln cerita agak bercelaru...
Tapi ape2 pun satu cubaan yang bagus dari KRU
Vote : 3.5/5 star
Selamat Menonton

PENJAWAT AWAM: CUTI KURANG 5 HARI

0

Category:

Berita yang aku dengar hari ni merupakan berita yang paling menggemparkan untuk mereka yang berkhidmat di sektor kerajaan.

**CUTI KURANG 5 HARI ???

Jabatan Perkhidmatan Awam mengumumkan yang cuti bagi semua kakitangan awam akan dikurangkan 5 hari iaitu daripada 30 hari kepada 25 hari setahun kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran.

Ini adalah berikutan daripada laporan yang mengatakan ramai penjawat awam yang mengambil cuti sakit palsu... Betul ke?? Hanya anda yang boleh jawab(penjawat awam)...

Bagi aku mungkin takde masalah sangat sebab sebelum ni aku cuma diberi cuti 14 hari setahun(Kilang). 25 hari masih cukup. Tapi kita diberi opsyen utk memilih.

So, pandai2 la bajet ye...

PIKOM PC FAIR

0

Category:


Aiya... PIKOM PC FAIR...
Mesti ramai antara kita yang suka pegi ke PIKOM PC FAIR.
Ini la masanye nak beli ape2 je yang berkaitan PC.
Nak cari laptop baru??
Nak beli RAM? Hard disk? Pendrive?

PIKOM PC fair info:

12 - 14 December 2008 (11:00am - 9:00pm)
KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Mahkota Parade Melaka, Melaka
Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak
Batu Pahat (BP) Mall

Jom datang beramai-ramai...
Untuk maklumat lanjut http://www.pikom.org.my/

Aku pun nak cari macam2 ni.. selain dapatkan latest info pasal ICT..
Kita jumpa di sana...

Still alive

3

Category:

Alhamdulillah...
Thanks God. Today I still breathing... nothing to worry about..

Bukit Antarabangsa Tragedy... Al-fatihah for the victims.

2years ago... I live at Villaria Condo Jln Mulia Bkt Antarabangsa.. nearby Datuk K house...

Buy a new car

5

Category:

huh...
Terlalu pening untuk buat keputusan nak beli keta baru. Kadang2 rasa macam xnak beli je... Macam2 pandangan aku dapat. Ada yang cadangkan beli Vios, City, Civic, BMW 318i. Tapi aku tak rasa yang aku mampu beli keta tu semua. Dengan bekerja sbg Penjawat awam, pastu baru 4bln bertugas, rasanye aku hanya mampu beli keta Proton atau Perodua je.
Dalam kepala otak aku cuma ada Myvi SE dgn Persona SE je yang aku mampu beli buat masa skrg memandangkan pendapatan aku yang cuma sipi2 je nak cecah 3k.
Tapi bila aku pikir kan balik, kedua2 keta ni mungkin ade kelemahan dari segi kualitinye.... no komen...
Tp kalau ikutkan dari segi harga memang affordable la.. Persona SE yang ade ciri2 istimewa seperti GPS, Leather seat, Autocruise dll... Myvi SE juga mmg tak kurang hebatnye.. dari segi performance mmg masih sama, tapi penambahan dari segi Exterior & interior yang agak menarik membuatkan aku pun berminat nak beli keta ni..
Yang sebenarnye aku minat sangat kat MPV... macam keta nissan Livina, Avanza, Citra... tapi Livina tu mahal sangat la..
Mmmmm... klu bleh aku nak beli dalam masa terdekat ni... paling lambat pun Januari 2009...


City baru akan launch 18 Disember ni... kalau tak silap aku Honda offer 2variant. Standard dalam RM86k, yang full spec plak dlm RM95k...
So aku nak tengok2 dulu la... tapi rasa2 nye macam mahal jugak la.... hihi....

1st Time

2

Category:

Assalamualaikum w.b.t

Pertama kali dalam hidup aku menulis blog selepas beberapa tahun aku tahu camne nak buat blog. hihi.. agak pelik gak sebab aku ni seorang yang malas nak menulis. Kadang-kadang kita kena berubah.

Ape2 hal pun aku nak cerita dulu camne aku dapat name harore ni. Sebenarnya aku dapat tag ni sejak aku sekolah lagi.. bile nak jawab call atau letak call mesti aku cakap Harore...

Harore??? asal perkataan ni biar la jadi rahsia... wakakaka.... ramai kawan2 kenal kat yahoo chatroom pun kenal aku dgn name ni...

Tak kisah la... yang penting hidup mesti HARORE....