My Open Heart Surgery Chronology

Category:

08 Feb 2010
2.30pm Admit kat HSA. cam biasa la check air kencing (result:bebas dr alcohol n drug), timbang berat badan(52kg aje), ukur tinggi (165cm je), pastu tukar la uniform colour hijau yg tak tau la saiz ape . Aku ditempatkan di katil no 13.
4.30pm Pakar bius, Dr Salamah check condition aku. Surgeon bg taklimat. Yang bakal bedah aku tu Datuk Mr (Dr) Haji Abdul Rahman. Terangkan pasal risiko (just 5% risiko-including stroke, sakit buah pinggang, MENINGGAL etc)
5.15pm Fisioterapi, Cik Zawiyah plak bagi taklimat tentang senamam2 yg kena buat after operation
7.00pm Staf Nurse bg sabun antiseptik dgn ubat sumbat bontot (2biji)
11.00pm Makan pil tido. Rasanya staf nurse bagi supaya kita tak runsing asyik fikir pasal operation je kot.

09 Feb 2010
6.00am Staf nurse kejutkan suruh mandi. Pakai sabun antiseptik lagi
7.30am Makan pil tido lagi
9.00am Aku dibawa masuk ke OT. Masa tu bukan main sejuk lagi, tambah rasa takut.
9.15am Operation
3.30pm Aku di bawa masuk ke wad CICU. Ditempatkan dikatil no 1. Badan aku menggigil. Staf nurse bersihkan darah di seluruh badan aku. Badan aku diselimut dengan selimut panas. Doktor mengejutkan aku. Aku terjaga tapi dalam keadaan separa sedar. semuanya kabur... aku cuma nampak bayang2 mak dan abah aku je. ape yang aku sedar masa tu nurse tanye " nak tgk injap awak tak?", aku cuma menggelengkan kepala.
Aku terasa kat mulut aku ade tiub, kat hidung pun ade. Dada rasa berat. Tangan aku ade line gak. Kat leher pun ade. Tp aku tak tau berapa banyak.
7.30pm Aku terjaga lagi. Masa tu nurse nak pakai kan aku stokin, aku cuma dapat bg isyarat kata "tak nak" guna tangan.

10 Feb 2010
1.00am Aku terjaga lagi masa tu mata aku dah mula nampak sikit2. Aku cuba tgk jam. Masih kabur. Mungkin kesan bius tu masih ada. Aku nampak staf nurse yg jaga aku tu tak henti2 masukkan ubat kat kat line yg kat leher aku, pastu dia masukkan plak plasma. dia check darah yg kuar dr drain (tiub dari bawah paru-paru untuk buang darah) Masa tu aku da tau yg kat perut tu ade 2tiub. kat salur kencing pun ade. Kat leher ade 3line. kat tangan kanan ada 1line. Tangan kiri plak ade 2line.

3.00am Darah aku banyak keluar dari drain. Doktor bagi arahan kat staf nurse suruh tambah plasma(klu tak silap ada 9bungkus kot). Tambah darah 1pain je.

4,00am Aku rasa ada banyak kahak. Staf nurse macam faham je. dia sedut keluar melalui tiub ventilator kat mulut aku. peh... rasa mcm terseksa je masa tu. lepas disedut rasa lega sikit.

9.00am Tiub Ventilator kat mulut aku dikeluarkan... kahak banyak keluar. Aku masih gunakan bantuan pernafasan. Tp aku dah boleh bercakap sebab dah takde lagi tiub kat mulut. Keadaan aku dah agak stabil. Mak, abah dgn abg aku rasa lega tgk aku dah sedar dan bleh bercakap.

2.00pm aku dibenarkan minum air masak. segelas je..
3.30pm Tiub yg kat hidung plak dikeluarkan oleh staf nurse. panjang gak la. sampai ke dalam perut. Nurse kata tiub tu utk standby je, takut2 kalau aku tak bleh makan atau minum, dia akan masukkan susu guna tiub tu la... eeeiiiiii nasib baik la tak guna pun

4.00pm aku mula menjamah roti.
5.00pm Satu line kat leher aku dibuka

11 feb 2010
satu line kat tangan kiri dibuka
satu line kat tangan kanan dibuka
satu line kat leher pun dikeluarkan
2.00pm Drain kat perut aku dikeluarkan. yang ni agak sakit skit la.. tp masih bleh tahan lagi. sbb masih on morfin

12 feb 2010
8.00am Fisioterapi datang jenguk aku. Ajar bersenam. gerakkan kaki. latih bernafas.
10.00am bladder tube plak dikeluarkan. peh... rasa pedih giler... menggigil2 rasa alat sulit aku.
11.00pm aku kencing secara normal. rasa sakit sangat.. pedih.. darah keluar.. waaaawaaa...
1.00pm aku dah boleh jalan ke tandas. tp kena teman dgn nurse la. takut2 aku jatuh.

13 feb 2010
11.30am pacing wire plak dikeluarkan. Pacing wire tu tujuannye untuk bagi rentak pada jantung klu2 rentak jantung tak normal. wire tu ade 2 set kat bawah tulang rusuk aku. panjang gak la. ade la sejengkal dari permukaan kulit aku smpai kat jantung. lepas buka pacing wire aku takleh bangun selama 4jam.

14 Feb 2010
6.00am Plaster yang menutupi dada aku dibuka.
7.30am aku tunjuk kesan operation kat dada aku pada mak aku... dia takut nak tgk..hehehe.. dia yang rasa ngilu..
1.00pm line terakhir kat leher aku plak dikeluarkan (catheter line). line ni direct ke jantung . Yang kat tangan kiri pun dibuka. so dah takde lagi ape2 line atau tiub kat badan aku.

15 Feb 2010 ~ 17 Feb 2010
Aku masih stay kat CICU. tiap2 pagi tepat pukul 6 staf nurse akan ambil darah. nak tgk kelikatan darah aku.


17 Feb 2010
10.00am Aku di transfer ke CTW. Timbang berat(cuma 46kg. ini bermakna berat aku dah turun lg 6kg) dok plak kat katil no 8. aku yang pilih. sbb dkt dgn tingkap. Lagipun aku mmg suka no 8.

11.00am MA dari klinik Kardio dtg wat ECHO.

18 Feb 2010
9.30am wat echo lagi kat wat Pead. Ada air plak dlm jntung aku.. 1cm je..
So aku tak bleh blk lagi.. aku kena tahan smpai 22 Feb.

22 Feb 2010
3.30pm Wat echo lagi.. air tu masih ade lagi. tak berkurangan pun. Tp doktor bgtau aku, air tu akan hilang sendiri lama kelamaan nanti.

5.00pm Mr. Simon dtg melihat keadaan aku cam biasa. Dia benarkan aku balik. tp bila dia tau aku nak balik muar. dia terus tak bagi. Dia kata malam2 bahaya. Dia suruh aku balik esok hari.

23 Feb 2010
12.00pm aku bersiap-siap nak balik. Bil semua dah dibayar. Ubat dah diberi. Staf nurse bagi sikit briefing pasal DO and DON'T lepas keluar wad. AKu kena dtg balik utk follow up seminggu lg...

Open Heart Surgery on 10th Feb 2010

Category:

Salam...
Macam2 rasa ada kat dlm hati ni... risau, berdebar2, excited... semua ada..
Macam2 yg aku bayangkan... adakah hidup aku akan bertambah baik selepas ni? harap2 begitu la...
Dugaan yang paling besar yang aku akan hadapi dalam hidup aku akan berlaku dlm 4hr lagi.. OPERATION....
aku masih rasa macam mimpi... betul ke keputusan aku ni??? tp aku kena lalui gak.. klu itu yang terbaik utk aku, keluarga dan org yg tersayang. Aku harus hadapinya...
Walaupun aku begitu yakin didepan keluarga, tp hakikatnye aku masih risau untuk melalui semua ni...
Risiko memang tinggi, tp kadar berjaya membuatkan aku yakin. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Aku berharap aku dapat terus membantu keluarga aku jika diizinkan Allah..
11 Jan 2010 adalah hari yang membuatkan aku terkejut bile doktor bgtau yg aku mesti kena bedah secepat mungkin.. so aku pun refer kat Regency Hospital nak tgk sejauh mane seriousnye masalah aku... Doktor bgtau yg injap jantung aku RAPTURED... arggghhhhhh....
So pd 13 Jan 2010 aku admit kat wad... macam biasa la... macam2 prosedur aku kena buat... amik darah, wat echo, wat ecg.... x-ray.... pastu doktor tanya aku samada nak wat right heart study dgn angiogram atau tak? pastu aku tanye blk... perlu ke?? doktor ckp so far tak perlu sbb aku mmg akan kena bedah pun... so pada aku klu dah mmg kena bedah dan semua tu tak perlu, kenapa aku nak buat...
Isnin ni aku kena masuk wad.... mcm biasa la utk kes yg kena operation, mesti admit 2hr awal...
aku terasa cuak sgt skrg ni... mampukah aku hadapi semua ni???
10hb feb ni merupakan hari yg cukup bermakna dlm hidup aku... yg akan menentukan segala-galanya... aku hanya mampu berdoa dan memohon agar Allah memanjangkan usiaku dan memberi ku kekuatan utk melaluinya.....

Apa2 pun, aku hanya mengharapkan sokongan dan doa drpd kawan2 sekalian... Semoga pembedahan ni berjalan dgn lancar dan berjaya.... Amin..