Modal RM180 dapat RM2490

1

Category:

Dah dekat 4bulan aku join benda ni. Alhamdulillah rezeki aku kot utk thn 2010 ni. Cam tak caya je. Mula2 tu mmg musykil la nak join benda ni. Tp bile sampai je wang pos pertama terus aku yakin.. skrg ni aku dah dpt utk yang ke3..


Sesapa yang nak tau lebih lanjut pasal benda ni, tgk la kat web ni http://www.permatajutawan.com/ mana la tau berminat nak join.


Tapi aku nak tambah lagi. Mana tau boleh guna buat downpayment umah ke. Hehehe... surat confirm pun da dapat.. Pasni plan nak beli umah. Tapi ingat nak amik akt area Muar je. Minggu lepas dah tengok umah Semi-D. Harga dalam RM250k untuk lot Bumiputera. Rumah memang cantik. Luas. Keluasan tanah pun dalam 40'x100'.

Opsss melalut-lalut plak sampai nak beli umah. So far sape yang nak tau lebih lanjut klu tak faham baca kat website tu bleh la call aku. InsyaAllah aku bleh terangkan..

Boleh jamin takkan kecewa.. pasti gembira... Macam la aku sekarang..


After Open Heart Surgery

1

Category:


Aku masih ingat lagi ape yang aku rasa sehari sebelum pembedahan tu.. Risau, rungsing, TAKUT, semuanye berlegar difikiran aku. Sape yang tak takut bile terkenangkan balik kata2 doktor tentang risiko yang akan aku tempuhi. Walaupun peluang pembedahan ni berjaya dilakukan adalah tinggi dan peratus risiko tu agak rendah, risiko yang paling menakutkan adalah MATI & strok.
Alhamdulillah pembedahan tu berjaya. dan aku dah terselamat dari risiko2 tersebut.
Bile terkenang balik keadaan aku masa mula2 dikejutkan selepas pembedahan tu, aku rasa nak tergelak pun ade. Ape tak nye, dalam keadaan aku yg kritikal tu, sempat lagi aku bagi isyarat GOOD gunakan tangan pada mak & ayah aku. Padahal pada masa tu aku masih dlm keadaan separa sedar.
4hari selepas tu, Aku tanya Staf nurse yang menjaga aku selepas pembedahan tu " macam mana keadaan saya lepas keluar dr OT?".. dia jawab "kritikal sangat, sbb heart rate awak lebih kurang 160 masa tu".. aku bukan la reti sgt brp limit heart rate yg sepatutnye lps operation.. Dia bagitau lagi, "alhamdulillah dlm 2@3jam heart rate awak turun kpd 100"... Baru aku tau, sbnrnye klu heart rate tinggi sgt, jantung bleh FAIL. Nasib baik la Tuhan masih panjangkan usia aku. Nurse tu bgtau yg byk sgt perlu dijaga masa tu. Salah satu sbb aku mengalami banyak kehilangan darah. Mmmm sakit juga rupanye tambah darah ni.. rasa pedih bile darah tu masuk...
Sebenarnye aku boleh tahan semua kesakitan selepas pembedahan tu.. Setiap kali staf nurse tu tanya aku skala kesakitan (0~10), aku tak pernah rasa lebih dari 5. Walaupun pada hari pertama.. mungkin masa tu masih ON morfin, sbb tu aku rasa tak sakit.
Bila aku tanya pesakit lain, ape yang paling sakit lepas operate? diorg akan cakap masa batuk, masa dicabut drain... Tp alhamdulillah aku rasa semuanya biasa aje. Cuma masa batuk tu mmg sakit la, rasa cam nak terbuka je dada aku..
Berkat semangat yang kuat dan selawat syifa yang aku amalkan setiap masa, aku dapat atasi semua kesakitan tu. Aku sentiasa tersenyum... aku pulih dgn cepat...
Kalau ade org yg akan buat pembedahan ni jumpa aku dan tanye kat aku "sakit tak?", aku akan jawab "biasa aje"... bukan nak berlagak atau bongkak, tp aku bersyukur sebab kesakitan tu seolah2 Allah kurangkan supaya aku tak menderita... Pesan aku kepada umat islam yang nak buat pembedahan, amalkan la selawat syifa sepanjang masa. Tak kira la sebelum dan selepasa pembedahan tu. walaupun mulut kita tak boleh buka, tp kita masih boleh membaca di dalam hati. InsyaAllah, berkat dari selawat tu akan mengurangkan rasa sakit.. Satu lagi, kita perlu kuatkan semangat. Jangan layan sgt sakit tu, kita perlu lawan. Jangan nak merengek je atas katil pastu manjakan diri sgt..
Ape yg aku amalkan sepanjang tempoh tu:
1. Selawat syifa(sepanjang masa)
Sebelum Tidur
1. Baca doa sebelum tidur
2. Baca Bismillah 21kali
3. Baca surah Al-Ikhlas, Al-Falak, An-nas (3kali)
4. Alfatihah
5. Ayat Kursi
selagi mata belum terlelap, baca la selawat syifa...
InsyaAllah klu amalkan semua ni sblum tidur, tiada sebarang gangguan masa kita tidur nanti. Maklum la tidur kat wad ni macam2 dugaannye. Pengalaman aku masa kat CICU, ada sorg pakcik ni jantung dia jadi tak stabil(heart rate tinggi) selepas terjaga dari tidur. Sebab nye, dia mimpi ngeri malam tu..
Sekarang ni aku da bertambah cergas(Hari ni hari yg ke 23). luka dah kering.. cuma kelihatan satu garisan je kat dada aku. Lebar kesan luka tu tak sampai pun 2mm. Aku amalkan minum pati ikan haruan Polleney.. Aku start minum pada hari ke-8 selepas operation.. dan aku masih minum smpai skrg. aku hanya akan berhenti minum pada hari ke-40.
Lepas operation ni, makan minum kena jaga.. berpantang la skit utk kesenangan sendiri.. lgpun aku mmg banyak pantang. Tak boleh makan sayur hijau(sbb tgh ON WARFARIN), tak makan yg pedas2, yang gatal2 mcm udang, sotong, kacang, ikan kembung...kurangkan makan yg berminyak dan bergula. bukan ape, nak pastikan luka tu sembuh dgn cepat..
Mmmm... so far aku rasa lega skrg ni.. semua yg aku risau kan da berlalu.. aku cuma perlu jaga permakanan dan aktiviti harian aku sehingga aku betul2 sembuh...
Thanks pd kawan2 yg datang menjenguk aku di CICU, CTW dan dirumah.. yang sentiasa tanya khabar melalui SMS, Facebook, YM...

20th day

1

Category:

Hari ni da genap 20 ari aku kena operate. Alhamdulillah aku semakin sihat. Esok nak kena pegi follow up kat HSA. Rasa cam sekejap la plak. Rasanye macam baru semalam aku kena operate. Esok aku kena amik darah dulu. pastu nak kena wat echo. dah dpt result INR baru la aku jumpe pakar bedah Datuk Mr (Dr) Abdul Rahman...
Hopefully semua nye ok...

My Open Heart Surgery Chronology

Category:

08 Feb 2010
2.30pm Admit kat HSA. cam biasa la check air kencing (result:bebas dr alcohol n drug), timbang berat badan(52kg aje), ukur tinggi (165cm je), pastu tukar la uniform colour hijau yg tak tau la saiz ape . Aku ditempatkan di katil no 13.
4.30pm Pakar bius, Dr Salamah check condition aku. Surgeon bg taklimat. Yang bakal bedah aku tu Datuk Mr (Dr) Haji Abdul Rahman. Terangkan pasal risiko (just 5% risiko-including stroke, sakit buah pinggang, MENINGGAL etc)
5.15pm Fisioterapi, Cik Zawiyah plak bagi taklimat tentang senamam2 yg kena buat after operation
7.00pm Staf Nurse bg sabun antiseptik dgn ubat sumbat bontot (2biji)
11.00pm Makan pil tido. Rasanya staf nurse bagi supaya kita tak runsing asyik fikir pasal operation je kot.

09 Feb 2010
6.00am Staf nurse kejutkan suruh mandi. Pakai sabun antiseptik lagi
7.30am Makan pil tido lagi
9.00am Aku dibawa masuk ke OT. Masa tu bukan main sejuk lagi, tambah rasa takut.
9.15am Operation
3.30pm Aku di bawa masuk ke wad CICU. Ditempatkan dikatil no 1. Badan aku menggigil. Staf nurse bersihkan darah di seluruh badan aku. Badan aku diselimut dengan selimut panas. Doktor mengejutkan aku. Aku terjaga tapi dalam keadaan separa sedar. semuanya kabur... aku cuma nampak bayang2 mak dan abah aku je. ape yang aku sedar masa tu nurse tanye " nak tgk injap awak tak?", aku cuma menggelengkan kepala.
Aku terasa kat mulut aku ade tiub, kat hidung pun ade. Dada rasa berat. Tangan aku ade line gak. Kat leher pun ade. Tp aku tak tau berapa banyak.
7.30pm Aku terjaga lagi. Masa tu nurse nak pakai kan aku stokin, aku cuma dapat bg isyarat kata "tak nak" guna tangan.

10 Feb 2010
1.00am Aku terjaga lagi masa tu mata aku dah mula nampak sikit2. Aku cuba tgk jam. Masih kabur. Mungkin kesan bius tu masih ada. Aku nampak staf nurse yg jaga aku tu tak henti2 masukkan ubat kat kat line yg kat leher aku, pastu dia masukkan plak plasma. dia check darah yg kuar dr drain (tiub dari bawah paru-paru untuk buang darah) Masa tu aku da tau yg kat perut tu ade 2tiub. kat salur kencing pun ade. Kat leher ade 3line. kat tangan kanan ada 1line. Tangan kiri plak ade 2line.

3.00am Darah aku banyak keluar dari drain. Doktor bagi arahan kat staf nurse suruh tambah plasma(klu tak silap ada 9bungkus kot). Tambah darah 1pain je.

4,00am Aku rasa ada banyak kahak. Staf nurse macam faham je. dia sedut keluar melalui tiub ventilator kat mulut aku. peh... rasa mcm terseksa je masa tu. lepas disedut rasa lega sikit.

9.00am Tiub Ventilator kat mulut aku dikeluarkan... kahak banyak keluar. Aku masih gunakan bantuan pernafasan. Tp aku dah boleh bercakap sebab dah takde lagi tiub kat mulut. Keadaan aku dah agak stabil. Mak, abah dgn abg aku rasa lega tgk aku dah sedar dan bleh bercakap.

2.00pm aku dibenarkan minum air masak. segelas je..
3.30pm Tiub yg kat hidung plak dikeluarkan oleh staf nurse. panjang gak la. sampai ke dalam perut. Nurse kata tiub tu utk standby je, takut2 kalau aku tak bleh makan atau minum, dia akan masukkan susu guna tiub tu la... eeeiiiiii nasib baik la tak guna pun

4.00pm aku mula menjamah roti.
5.00pm Satu line kat leher aku dibuka

11 feb 2010
satu line kat tangan kiri dibuka
satu line kat tangan kanan dibuka
satu line kat leher pun dikeluarkan
2.00pm Drain kat perut aku dikeluarkan. yang ni agak sakit skit la.. tp masih bleh tahan lagi. sbb masih on morfin

12 feb 2010
8.00am Fisioterapi datang jenguk aku. Ajar bersenam. gerakkan kaki. latih bernafas.
10.00am bladder tube plak dikeluarkan. peh... rasa pedih giler... menggigil2 rasa alat sulit aku.
11.00pm aku kencing secara normal. rasa sakit sangat.. pedih.. darah keluar.. waaaawaaa...
1.00pm aku dah boleh jalan ke tandas. tp kena teman dgn nurse la. takut2 aku jatuh.

13 feb 2010
11.30am pacing wire plak dikeluarkan. Pacing wire tu tujuannye untuk bagi rentak pada jantung klu2 rentak jantung tak normal. wire tu ade 2 set kat bawah tulang rusuk aku. panjang gak la. ade la sejengkal dari permukaan kulit aku smpai kat jantung. lepas buka pacing wire aku takleh bangun selama 4jam.

14 Feb 2010
6.00am Plaster yang menutupi dada aku dibuka.
7.30am aku tunjuk kesan operation kat dada aku pada mak aku... dia takut nak tgk..hehehe.. dia yang rasa ngilu..
1.00pm line terakhir kat leher aku plak dikeluarkan (catheter line). line ni direct ke jantung . Yang kat tangan kiri pun dibuka. so dah takde lagi ape2 line atau tiub kat badan aku.

15 Feb 2010 ~ 17 Feb 2010
Aku masih stay kat CICU. tiap2 pagi tepat pukul 6 staf nurse akan ambil darah. nak tgk kelikatan darah aku.


17 Feb 2010
10.00am Aku di transfer ke CTW. Timbang berat(cuma 46kg. ini bermakna berat aku dah turun lg 6kg) dok plak kat katil no 8. aku yang pilih. sbb dkt dgn tingkap. Lagipun aku mmg suka no 8.

11.00am MA dari klinik Kardio dtg wat ECHO.

18 Feb 2010
9.30am wat echo lagi kat wat Pead. Ada air plak dlm jntung aku.. 1cm je..
So aku tak bleh blk lagi.. aku kena tahan smpai 22 Feb.

22 Feb 2010
3.30pm Wat echo lagi.. air tu masih ade lagi. tak berkurangan pun. Tp doktor bgtau aku, air tu akan hilang sendiri lama kelamaan nanti.

5.00pm Mr. Simon dtg melihat keadaan aku cam biasa. Dia benarkan aku balik. tp bila dia tau aku nak balik muar. dia terus tak bagi. Dia kata malam2 bahaya. Dia suruh aku balik esok hari.

23 Feb 2010
12.00pm aku bersiap-siap nak balik. Bil semua dah dibayar. Ubat dah diberi. Staf nurse bagi sikit briefing pasal DO and DON'T lepas keluar wad. AKu kena dtg balik utk follow up seminggu lg...

Open Heart Surgery on 10th Feb 2010

Category:

Salam...
Macam2 rasa ada kat dlm hati ni... risau, berdebar2, excited... semua ada..
Macam2 yg aku bayangkan... adakah hidup aku akan bertambah baik selepas ni? harap2 begitu la...
Dugaan yang paling besar yang aku akan hadapi dalam hidup aku akan berlaku dlm 4hr lagi.. OPERATION....
aku masih rasa macam mimpi... betul ke keputusan aku ni??? tp aku kena lalui gak.. klu itu yang terbaik utk aku, keluarga dan org yg tersayang. Aku harus hadapinya...
Walaupun aku begitu yakin didepan keluarga, tp hakikatnye aku masih risau untuk melalui semua ni...
Risiko memang tinggi, tp kadar berjaya membuatkan aku yakin. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Aku berharap aku dapat terus membantu keluarga aku jika diizinkan Allah..
11 Jan 2010 adalah hari yang membuatkan aku terkejut bile doktor bgtau yg aku mesti kena bedah secepat mungkin.. so aku pun refer kat Regency Hospital nak tgk sejauh mane seriousnye masalah aku... Doktor bgtau yg injap jantung aku RAPTURED... arggghhhhhh....
So pd 13 Jan 2010 aku admit kat wad... macam biasa la... macam2 prosedur aku kena buat... amik darah, wat echo, wat ecg.... x-ray.... pastu doktor tanya aku samada nak wat right heart study dgn angiogram atau tak? pastu aku tanye blk... perlu ke?? doktor ckp so far tak perlu sbb aku mmg akan kena bedah pun... so pada aku klu dah mmg kena bedah dan semua tu tak perlu, kenapa aku nak buat...
Isnin ni aku kena masuk wad.... mcm biasa la utk kes yg kena operation, mesti admit 2hr awal...
aku terasa cuak sgt skrg ni... mampukah aku hadapi semua ni???
10hb feb ni merupakan hari yg cukup bermakna dlm hidup aku... yg akan menentukan segala-galanya... aku hanya mampu berdoa dan memohon agar Allah memanjangkan usiaku dan memberi ku kekuatan utk melaluinya.....

Apa2 pun, aku hanya mengharapkan sokongan dan doa drpd kawan2 sekalian... Semoga pembedahan ni berjalan dgn lancar dan berjaya.... Amin..

ANION - KENCING MANIS

4

Category:

Ni contoh kesan penggunaan ANION Love Moon.
Kalau tak caya, bleh jumpa dgn owner kaki ni(sepupu aku)... hahaha..
Nak tau camne bleh jadi camni... aku bleh terangkan cara penggunaannye... so nak tau bleh la call aku atau jumpe aku...



Hari pertama



Hari ke-10



Hari ke-25




Hari ke-60





Kalau mengikut kata doktor, luka dia akan pulih dlm jangka masa 8bln hingga 1thn...
Tp bergantung pada permakanan la(kandungan gula dalam darah)..

So... renung2kan dan fikir2kan la...

yang kena buasir tak dapat nak amik gambar la... bukan ape... BAHAYA... silap aribulan kena angkat sumpah guna Quran dlm masjid....

ANION - SIAPA YANG PERLU TAHU??

1

Category:

Janganlah kita terus berpaling klu mendengar tentang pad atau tuala wanita...
Bukan hanya golongan HAWA yang perlu tahu... tetapi golongan berikut juga perlu tahu sebagai tanda kasih sayang anda pada makhluk yang bernama WANITA...

1. Suami yang sayangkan isteri
2. Anak yang sayangkan ibu
3. Bapa yang sayangkan anak perempuannya
4. Abang yang sayangkan adik perempuannya
5. Adik yang sayangkan kakaknya

selain dari itu anda fikirkan sendiri la....
kepada tunang atau pakwe... anda tu golongan berkecuali... paham2 sudah la.... tp penting gak... kena amik tau...

Takkan penat2 kumpul duit untuk hantaran sampai RM10000 tiba2 tunang/awek anda disahkan mengidap kanser... silap aribulan bleh putus tunang.....

So, renung2kan dan pikir2 kan la...